Berapa kos upah buat frame pintu

Alhamdulillah selesai satu bab, frame pintu.

Teruskan membaca, saya kongsikan berapa kos sebenar saya habis, start dari A.

Kebetulan dalam tanah saya ada pokok temusu, saya upah tukang kayu untuk potong ikut size frame. Size tu saya ingat ingat lupa.

Saya habis untuk potong kayu frame ni RM 905.00.

Kemudian saya survey harga kedai untuk upah buat frame… Selesai deal.

Saya cari Lori untuk bawa kayu. Kat situ saya habis RM70.00.. satu trip tu…hantar sahaja.

Lebih kurang 2 bulan frame pintu saya siap, saya habis RM255.00 untuk 5 bijik frame.

Hasil kerja tukang ni kemas….cantik…
Tak sangka kayu temusu selepas mesin jadi putih…. Hihi

Seterusnya saya perlu cari Lori atau Hilux untuk bawa balik kayu frame tu. Yang ni saya jangkakan akan habis RM70.00 juga.

Jadi secara keseluruhan kos kerat kayu, upah buat frame dan Pengangkutan, saya habis RM1195.00.

Mahal murah?

Bagi saya berbaloi kerana kayu frame ni kuat, anai anai tak makan…

Kayu frame kat rumah sewa sekarang, makan anai anai….mungkin kayu frame murah kot..

Sebelum saya guna kayu temusu ni saya dah tanya beberapa orang lama. Mereka kata ok je.. kayu ni keras.

(Visited 1,915 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *