BKM Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan terbaru yang diumumkan kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih femes dengan sebutan BKM.

Ada 4 kategori kelayakan.
1. Keluarga
2. Bujang B40
3. Warga emas
4. Ibu atau bapa tunggal.

Bergantung kepada pendapatan anda.
Contoh.
Keluarga / isi rumah / ibu atau tunggal.
berpendapatan bawah Rm2500, tiada anak dapat Rm1000, jika anak 1-2 dapat Rm1500 dan lebih 3 orang anak dapat RM2000.

Jika berpendapatan Rm2501 ke atas, tiada anak dapat Rm400, 1-2 anak dapat Rm600 dan lebih 3 orang anak Rm800.

Warga emas bujang
Pendapatan Rm5000 dan kebawah dapat Rm600

Bujang B40
Pendapatan bawah Rm2500 dapat Rm350.

Alhamdulillah saya layak dapat Rm800

Cepat bertindak permohonan hanya 1 bulan sahaja, bermula 1.1.2022 hingga 31.1.2022.

Rujuk portal Lhdn untuk detail.

Mana mana penerima BPR 2021, BKC 2021 takpayah isi borang permohonan, hanya perlu kemaskini dan sahkan je. Kena buka website dia la. Jika ada masalah rujuk web LHDN.

Cara pembayaran, nanti saya kemaskini.

Horey, hati gembira… Ok bye bye semua

(Visited 156 times, 1 visits today)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *