Saja saja menulis ni, maklum la sekarang ramai orang ke hulu ke hilir, termasuklah saya sendiri. Saya baru je sampai dari Pulau Pinang. 5 jam juga mandu.
Atas jalan banyak kenderaan. Nak motong pun payah. Haha 😂
Dua benda anda perlu beli dan bawa balik sekiranya anda ke Pulau Pinang.
Pertama, jeruk Pak Ali. Memang sedap, saya beli sejak dari zaman Matrik lagi. 23 tahun lepas. Aneka jenis jeruk ada, pilih la mana anda suka.
Saya tunggu dekat 30 minit, wife sorang je masuk.. nak masuk kena beratur panjang, nak bayar pun beratur panjang juga. Kebetulan time kami singgah, ada satu group baru sampai. Nasib la…haha 😂
Habis dekat RM100 juga ni..
Kedua, Peneram Chu Anan Legasi. Harga saya tak pasti, dia beli 6 bekas semua. Dah catit dah nak bagi sapa. Saya sendiri dah makan Peneram ni, tekak saya boleh terima… Tu bermakna sedap…
Sebelum balik tadi saya pekena cendol pulut. Hilang dahaga….. Siap bungkus 4 cendol, minum dalam kereta.
Sehari sebelum tu, makan nasi kandar.. sedap bos..
Yang frustnya Chaw Kueh tiaw Sungai Dua tutup…. Beli kedai lain .. rasa x best la…
Ok gud nite semua……