Bukit Kudung, Jeli Kelantan

Suasana yang menenangkan fikiran, persekitaran yang bersih, air lata yang betul betul sejuk dan kemodenan di Puncak Bukit Kudung menarik minat saya untuk membawa keluarga berkelah di Lata Keding, Bukit Kudung, Jeli Kelantan.

Video dibawah bukti berapa kami sekeluarga habis, RM40 je. Boleh repeat lagi ni. Minyak dari Machang ke Bukit Kudung Jeli RM10 (campur sediaada), bekalan kueh RM10 (beli di Pasar Borong Machang), Sewa wakaf RM10(selama 3 jam, tapi ada deposit RM20) dan beli makanan ringan semasa balik RM10.

https://youtu.be/6uEmfKPvO-o

Tip nak berjimat, bawa bekalan nasi goreng dari rumah. Yes we do it.

Nak lagi syok bawa ayam, bakar kat tepi lata dia. Bau ayam bakar sedap masa perut kosong. Telan air liur saya tengok family lain bakar ayam kat situ.

Lagi satu, nama pun Bukit Kudung jadi bawa la air gas. Extra tenaga selepas penat mendaki bukit.

Jom saya review tempat ni:

Dimana lokasi Bukit Kudung? Jeli Kelantan

Jalan nak masuk ke Bukit Kudung? Betul betul depan UMK, ada pintu gerbang dia. lihat video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=iK0c6MB9N2M

Kemudahan di Bukit Kudung? Restoran, surau, tandas awam, tempat persalinan, tempat berkhemah, tempat hiking, tempat penginapan.

Penginapan dan resort di Bukit Kudung diurus oleh ? Lalang’s Chalet & campsite. Ni facebook dia https://www.facebook.com/LataKedingBukitKudung/

Tip: kawasan parking ada dua, satu kat bawah dan satu kat atas, tapi kat atas tu terhad. Jika tuan puan kurang stamina, elok parking atas. Ingat pastikan kaki sentiasa di brek, mencabar juga time turun.

ambil gambar dulu sebelum memulakan pendakian di Bukit Kudung Jeli Kelantan

Hentian pertama, ada kolam ikan.. Layan anak anak tengok ikan dlu.. Tangan kiri kanan pegang beg. Baru terpikir kenapa aku tak parking kat atas. hahha

Dari kolam ni ada satu tangga ke lata, tapi kami gagahkan diri nak cari tugu bukit kudung, rupanya atas lagi. Kena mendaki lagi. Gambar punya pasal.

https://www.youtube.com/watch?v=8gpqZL3XvZs

Kami meneruskan hasrat kami untuk sampai ke tugu i love bukit kudung, masa ni kami la family pertama yang sampai. Jadi boleh possing bagai kat sini.

Aarhhh tingginya,

Settle sini ok, lets go mandi.. kena turun balik, cari port baik. Nak selesa, saya syorkan anda sewa wakaf dia, tepi lata.. rm10 untuk 3jam.. deposit rm20. Kami sewa 1 wakaf.

Hari tu saya ada sembang dengan sorang brother, dia tidur kat situ. Tanya harga, dia cakap 80 je.. wow murah tu.. coming soon insyaallah, boleh try bermalam disini.

Tadi saya ada sebut restoran. ni senarai harga 2019, saya mintak semasa whatsApp. Tak menakutkan, mampu bayar ni.

Masa balik, sy tgk ramai giler orang, kereta saja lebih 25bijik parking kat bawah. Hebat tarikan Bukit Kudung Jeli ni.

sebelum gerak saya tanya, anak anak… ok tak…. no.3 sofea kata `best sangat.

lain lain tip :Datang awal tau, baru la tak berebut nak sewa wakaf dia.

Petang baru rasa terik urat……. aduhh…

Yang mana belum subscribe, subscribe la Youtube channel (NAZRIN NOR)

———bawah Ni video selepas setahun kami pergi…

 

(Visited 4,563 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.