Bukit Merah Laketown Resort

Trip Kali ni, Bukit Merah Laketown Resort. 3 hari 2 malam. Full pakej. 😂

Perjalanan bermula dari Machang, saya bertolak jam 10.47 pagi. Sampai Grik, saya ambil jalan ke Lenggong. Dari situ ada 2 pilihan jalan, guna laluan terus ke Taiping atau masuk jalan lama (Selama). Saya pilih jalan lama, nak save duit tol. Jalan tu memang sunyi, jarang jarang sekali baru jumpa kenderaan lain. Kiri kanan hutan, ada juga kebun durian. Bila masuk Selama baru banyak rumah kampung. Malam tobat saya tak lalu. 😆 . Siang hari ok berani lagi.

Ingatkan total free tol, tapi kena juga time masuk highway. Dalam Rm1.60 gitu.

Lebihkurang jam 3.40 kami sampai di Bukit Merah Laketown Resort. Parkir luas, banyak kosong time tu. Saya ke receptionist check in, dapat bilik 352.
352 bermaksud tingkat 3 bilik 352.

Saya suruh anak cari bilik, ‘sini papa’ Adam bagitahu. Ok bilik dah jumpa, so saya kerah semua anak jangan naik tangan kosong. Bawa beg sorang satu.

Masuk bilik wow 😳, besar. Katil ada dua, 1 besar 1 kecil. Ruang untuk solat luas. Kat bilik air, ada bathtub….suka anak anak.



Kat hotel ada kolam, anak anak dah tak sabar nak mandi kolam. Kul 5.40 saya turun, penjaga bagitahu ada masa lagi 20minit sebelum tutup. Aduhhh.

Saya arahkan anak anak mandi segera. Untuk Kanak Kanak air dia paras paha saya. Kolam dewasa paras dada saya.

Cukup masa kami sekeluarga naik.. sempat la saya test test menyelam. Kesian keluarga lain yang baru turun. Hahah sapa suruh turun lewat!.

Malam selepas magrib saya ajak anak anak keluar makan. Kat dalam resort ni pun ada kedai makan tapi kami pilih yang kat luar. Tapi saya pilihan kedai tak banyak, saya cuba test 4-5kilometer kiri kanan selepas keluar pagar Bukit Merah Laketown Resort. Gelap semacam je, suasana kampung. Patah balik berhenti makan kat kedai tepi traffic 🚦. Budget saya Rm50.00

Adam order yong taufu Rm5.60
Anaqi & Misyar yong taufu Rm8.50
Sofea & Haziq char Kueh Teaw Rm13.00
Saya nasi tomyam & air kami sekeluarga Rm16.00.
Mama satay Rm9.00

Selesai makan kami balik bilik dan Zzz..

Plan untuk ESOK!
Main Air Water park.

Awal betul saya, kul 5 pagi dah celik mata… mandi mandi pahtu sembahyang isyak, terlelap awal semalam.. kemudian tunggu masuk waktu subuh.

6.30 pagi saya kall operator tanya breakfast jam berapa. Dia bagitahu seawal jam 7.30 pagi.

Kul 7.00 kami sekeluarga dah siap untuk turun. Kitaorang round round dulu.



Open je dewan makan, saya terus terjah masuk. Semua family saya layak untuk makan. Save budget tak payah makan luar.

Ni antara menu kami,

Selesai makan, kami naik ke bilik salin pakaian mandi. Anak anak dah tak sabar.
Sementara tunggu theme park buka, saya selesaikan bab ticket. Aidan sorang je free, yang lain semua berbayar.

Sesi bergambar sementara tunggu theme park buka,


Buka je theme park, kami antara yang terawal masuk. Anak tunjuk tangan nak main itu in. Saya layan je….

Ni antara fasiliti yang disediakan untuk disewa…anak nak pelambung, melayang juga rm30..haha

Jika stay dekat hotel, pakai baju mandi kolam terus… Tak payah bawa beg nak salin baju bersih.. Surau pun disediakan di dalam theme park.

Jarak hotel dengan theme park lebih kurang 10minit je.

Malam tu lena molek anak anak zzz 💤…

Keesokan hari, kami breakfast kat luar pekena roti canai..jadi juga, sedap.

Kemudian saya kumpul semua baju kotor, cuci kat dobi dalam resort ni. Abang abang sambung mandi kolam.

Anak anak lain request nak masuk theme park balik…. Sori la tak dan budget anak anak. LainKali okay.

Kul 11 kami check out.

Komen saya,
1. Tempat selesa
2. Hotel bilik luas
3. Sebenarnya tak payah keluar dah, kedai makan pun ada dalam ni.
4. Kedai kedai mainan dan baju mandi pun ada.
5. Bawa duit banyak banyak ……

Selesai percutian kami 3 hari 2 malam disini.. Anak anak semua enjoy.

Saya bagi ⭐⭐⭐⭐

(Visited 90 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.