Program hiking bersama anak anak di Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan pada 15/11/2019 hari jumaat. Ringkasan perjalanan atau aktiviti pada hari berkenaan

Seawal jam 3.15pagi saya terjaga. Memang dah jadi tabiat saya, pasti bangun awal jika saya plan nak pergi mana mana. Nak sambung balik tidur comfirm tak boleh dah ni. Dalam hati ( i’m ready) bersemangat ni. Mesti sampai puncak ni.
Hujan renyai renyai jam 4.00pagi di Machang, harap harap di Bukit Panau tak hujan. Taknak batal program je. Kira jadi ni.
Jam 5.00pagi saya cas semua handphone dan kamera, saat di puncak Bukit Panau adalah sejarah bagi saya. Ini kali pertama saya hiking, sebab utama adalah untuk rakam video bagi channel youtube saya.
5.26pagi, giliran anak no.1 dan no.2 bangun. Persiapkan diri, mandi dan solat. Kemudian muncul masalah pula, tak jumpa seluar sukan. Buka lampu kan yang lain terjaga pula, masalah nanti. Belasah pakai seluar biasa. Kemudian muncul satu lagi masalah, tak jumpa kunci kereta. Takkan kena susut ni, wife siap bagi tahu dah dia tak nak pergi. Rupanya kunci kereta tertinggal kat kereta.
Jam 6.32pagi kami bertolak dari rumah ke Bukit Panau. Sebelum tu saya dah tanya rakan rakan di mana lokasi Bukit Panau. Mudah je, jalan Tanah Merah ke Pasir Mas, jumpa kawasan jual jagung kiri kanan jalan. Boleh perlahankan kenderaan, kemudian cari sekolah arab, simpang ke Bukit Panau di hadapan sekolah arab tersebut. Dalam 5 minit sampai la.
Terkejut saya, jam 7.05 pagi saya sampai di parking bukit panau, parking hampir penuh dah. Tak buang masa, cari parking dan terus hiking, guna laluan trek. Keadaan di parking ‘becah’ sikit. Laluan trek agak mencabar tapi mujur ada tali.

7.30 pagi kami dah sampai Puncak Bukit Panau, dalam 15-25 minit je. Terkejut saya, time tu dah ramai orang kat puncak. Saya singgah sekejap je, lepas ambil gambar terus turun, time tu anak anak dah bad mood.


Jan 8.10 kami dah sampai bawah..Turun guna laluan jalan tar, perlu kekuatan lutut. Sepanjang jalan, tak putus putus selisih dengan pengunjung lain. ramai betul.
Semua generasi saya jumpa, ada kanak kanak, ada pakcik makcik, ada suami isteri, ada yang mendukung anak, ada yang berbaju kurung.
Hebat betul daya tarikan Bukit Panau, parking penuh, lebih 500 kenderaan.


8.20 berhenti makan nasi kerabu

9.30 sampai umah
Kos kami habis, minyak kereta 15, roti 4, nasi kerabu 15….. total rm34..