Cara bagaimana menuntut harta si mati

ilmu ni, baca tuan puan.

Pengkongsian ilmu, bagaimana cara untuk menuntut harta simati?

Teruskan membaca, saya akan kongsikan caranya, berdasarkan pengalaman saya menuntut harta arwah ibu saya. Al fatihah (dibaca, terima kasih).

Ada beberapa langkah mudah je. Follow je.

Pertama: Pergi Pejabat dan Jajahan. Kita ambil contoh Machang dan Kuala Krai. Rujuk Unit Pusaka di pejabat berkenaan. Tetapi sebelum itu, anda kena pastikan harta tak alih seperti tanah, harta alih seperti duit dalam bank, saham dan kenderaan si mati.

Untuk lebih jelas, sekiranya ada tanah di Machang rujuk Unit Pusaka di Pej.Tanah Machang.

Anda akan diberi Borang A – seksyen 8 dan menyediakan dokumen dokumen yang diperlukan seperti dibawah:

a)surat mati
b)salinan kad pengenalan waris
c)salinan geran
d)setiap lot tanah perlu beli carian rasmi di pej.tanah berkenaan
e)harta alih, contoh bank, photostat akaun bank, geran kenderaan. Geran kenderaan perlu dinilai di tempat jual kereta atau di kedai insuran.

Langkah kedua, lengkapkan dokumen tersebut. Pemohon juga perlu membuat akuan sumpah.

Lagkah ketiga, urusan pejabat. Anda tunggu je bila tarikh perbicaraan.

Pada tarikh tersebut semua pewaris perlu hadir dan bawa sijil mati asli.

Sekiranya ada waris tidak dapat hadir perlu mengemukakan borang DDA.

Langkah kelima, selesai perbicaraan anda perlu membuat pembayaran dan tunggu Perintah Pusaka keluar.

Langkah keenam yang paling penting, selepas dapat Perintah Pusaka, anda perlu daftarkan di Pej Tanah berkenaan. Jika anda tak daftar perintah tersebut, nama dalam geran masih kekal sama.

Akhir sekali, naik nama pewaris la..

(Visited 975 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *