Selamat pagi semua, patut la rasa ada benda tak settle lagi. Bangun dan buka hp, terus masuk ke website Kwsp. Jam sekarang 4.30pagi. Lega semua dah settle.
Mudah je pengeluaran i lestari ni. Rm500 sebulan sebagaimana yang diumum oleh Kerajaan.
Ada 4 step, step pertama buka website Kwsp. (saya dah daftar kwsp secara online semasa pergi Pinang tempoh hari).

Selepas log in, masukkan id dan password. Pilih pengeluaran dan cari item i-lestari.

Langkah seterusnya, maklumat pengeluaran. Maklumat anda la, detail dalam ni. No akaun jangan silap tau!

Maximum pengeluaran sebulan Rm500 je. Sistem dah set seksiap. Ambil bawah nilai tu takpe.
Kemudian anda perlu request TAC.

Selepas dapat TAC, tandanya anda dah hampir siap.

Double check nombor akaun tu, jangan silap. Yakin semua betul, klik hantar la.

Ok siap… mudah je kan. 4 minit setle. So tunggu je la duit masuk.
(Tiap tiap hari aku check duit masuk ke tak)
untuk yang xde ikwsp…. guna altenatif ni https://ilestari.kwsp.gov.my/