Simple je tajuk, cara keluarkan duit dari Tabung Haji…
Cara pertama, keluarkan dari Tabung Haji sendiri. Beratur tunggu giliran kita. Hampir 20 minit juga saya tunggu giliran. Sabar je la….hahah
Bila saya cerita hal ni kat kawan kawan, mereka kata kenapa tak withdraw guna mesin ATM Bank Islam.
So malam ni, selepas dua minggu baru saya try. Ingatkan rumit…tapi rupanya mudah je.
Jom, saya nak citer step by step.
Pertama, sebelum masuk SCAN Mysejahtera.
Kedua, pilih mesin ATM atau ATM & CDM.
Saya pilih mesin ATM & CDM.
Ketiga, masuk kad bank Islam.
Keempat, pilih Tabung Haji
Kelima, pilih item pengeluaran
Kemudian pilih berapa nak keluar, ingat setiap pengeluaran kena caj RM1. Dia dah maklum awal awal lagi sebelum kita proceed.
Keenam, bunyi mesin kira RM… Tunggu duit keluar dan ambil resit…
Selesai….mudah je kan.
Lupa nak bagitahu, selepas tekan item withdraw, saya kena pilih akaun mana. Yang saya ingat, akaun saya kat atas, akaun anak kat bawah. So saya pilih akaun saya la.
Share sekiranya bermanfaat.