Cara kira upah potong kayu saiz

Ilmu ni saya dapat di kedai kopi. Kot kot bermanfaat untuk pembaca, saya tulis la.

Kadang kadang kita tak boleh nak agak berapa rm habis kan… Tanya tukang pun dia kata kena siap dulu baru kira.. 😂

Cara kira macam ni.
Tukang akan potong kayu bergantung pada size kita nak. Contoh size 2*5,2*4,2*3. Size yang saya tulis kat atas tu sesuai untuk kayu bumbung.

Harga setiap size berbeza.
Katakan size 2*5 harga dia Rm1.50 sekali.
Kayu size 2*4 mungkin murah sikit, contoh Rm1.20 sekaki.
Kayu size 2*3 mungkin Rm1.00 sekaki.

Formula kira dia:
Size kayu dan panjang kayu
Katakan kayu size 2*5 ada 10 batang, panjang dia 20kaki. Jadi cara kira dia, 10batang x 20kaki x harga size (Rm1.50) = RM300

Jika ada yang panjang berbeza, contoh 15kaki ada 10 batang. Cara kira dia macam ni.
10 batang x 15 kaki x Rm1.50= RM225.

Faham tak setakat ni. Sebelum upah tukang, tanya dulu berapa harga sekaki mengikut size. Dari sini anda dah boleh agak berapa Rm anda akan habis.

Sekian Ilmu harini….

(Visited 812 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *