Cara pindah point Petron dari kad rosak ke kad baru

    Artikel harini, saya tulis berdasarkan apa yang saya alami harini (20/5/2021). Bermanfaat bagi pengguna kad PETRON.

    Alkisahnya pagi tadi saya isi minyak di PETRON di tepi jalan besar Machang ke Tanah Merah, dekat kawasan satay. Saya hulurkan bersama Rm dan kad petron. Swipe punya swipe, kad tak detect. Bermakna Privilege Miles card saya rosak.

    Aduh sayangnya, tak dapat kumpul point dah. Yang jaga kaunter bagi kad baru dan swipe. Saya kata rugila, point burn…dia kata kall customer service untuk transfer point. So bermakna point saya dapat diselamatkan. Ada beribu point dalam tu. Baru boleh senyum..hahah

    Next, saya kall customer service mintak transferkan point di kad lama ke kad baru. Selepas buat pengesahan kad lama, dia bagitau kena isi borang.

    Ok, Mana nak ambil borang?

    Buka website petronmiles.com.my
    Pilih FAQ. Kemudian cari ‘transfer point’. Download je dari situ. Siap download, isi Dan emailkan. Alamat email semua ada kat situ.

    Benda ni akan ambil masa 2minggu katanya. Takpe kita tunggu je la..

    Cara kedua yang customer service btau, ambil borang di stesen minyak berkenaan dan hantar kat situ.

    So clear tak… Jangan kad rosak rasa nak nyumpah terus. Benda boleh selamat kita selamatkan. Point tu boleh redeem macam macam… Nak isi mintak percuma pun boleh, kalu tak silap 3000 atau 4000 point boleh redeem mintak rm45.

    Nak tebus makanan ringan pun boleh… Asal cukup point.

    okay, lupa nak bagitau.. selepas dapat kad baru tu, anda kena daftar la guna sms je. Ikut arahan yang diberi.

    Berbalik pada situasi saya tadi, bila point dah ditransferkan saya akan tunjuk.

    Ok chow.

    25.5.2021 saya baru je terima email dari petronmiles…Cuba korang baca…. Dia kata permohonan saya mereka dah terima dan akan proses… Yes….misi saya untuk transfer point berjaya….sukanya

    Yes Alhamdulillah ….berjaya

    (Visited 3,851 times, 2 visits today)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.