Cekdik Agency

Dengar perkataan Cekdik Agency, dua benda saya terbayang iaitu insuran dan lori ikan. Satu kat padang bola Mdm (insuran) dan satu lagi di pasar borong Wakaf Bata (busines ikan dia).

Yang saya nak highlight harini kedai insuran dia. Saya merupakan pelanggan tetap dia. Roadtax kereta dan motor saya renew dengan dia setiap tahun. Malah kawan kawan saya pun saya rekemen buat dengan dia.

Pernah sekali saya borak borak dengan dia, saya tanya dia, semua pelanggan orang Machang ke? Dia jawap tak, 1 Malaysia. Sahabat sahabat yang duduk Kuala Lumpur pun ada yang buat renew insuran dan roadtax dengan dia. Perhh!!!

Tapi tak boleh borak lama, kedai dia sentiasa padat. Pelanggan non stop.. sentiasa ada. No.1 pilihan orang Machang.

Kenapa saya pilih Cekdik Agency?
Ada 2-3 sebab, antaranya saya boleh whatsapp je dia, mintak sebut harga. Senang nak budget berapa habis.
Kedua, pagi bayar online petang dah boleh ambil roadtax. Jadi tak perlulah saya 2 kali pergi kedai dia, cukup sekali je.
Ketiga, lokasi kedai dia mudah parking.

Ringkas citer, murah,cepat dan mudah baso.

Satu lagi saya respek CekDik Agency, khidmat sosial dia. Hujung tahun 2019, dia buat program gunting rambut percuma sempena buka sekolah. Terbaik.

Tipu la satu, ada lagi ni. Kedua dia support pembangunan bola di Machang. Banyak jersi bola terutama team Pangkal Meleret ada perkataan CekDik Agency. Nak se boh.

Terbaru, hebat pemikiran dan strategi anak muda ni. Dia sewa billboard di tengah tengah Bandar Machang. Kedudukan billboard tu sangat strategi, saya jangkakan 5000 sehari orang akan tengok billboard tu.

(Visited 562 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *