Durian Musang King, ganti pokok mati

Frust betul, pokok ke8 mati..saya pun tak tau apa punca. Mungkin penggunaan baja tak betul kot.

Terpaksa la saya labur sikit RM harini. Saya beli anak pokok durian Musang King, tawar menawar dapat harga RM25.00. saya beli 1 pokok.

Tip saya dapat dari peniaga harini, saya tanya kenapa anak pokok boleh mati, padahal baja apa semua cukup. Dia bagitahu Baja jangan tabur dekat batang pokok, jauh sikit… Mungkin betul saya rasa.

Saya gali lubang luas luas, biar akar dia cepat merebak.

Siap tanam saya pacak ranting kayu, ikat pokok durian tu supaya betul menegak.

Bawah ni gambar saya selesai tanam pokok durian…. Happy kan!

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.