Dusun durian Musang King Kampung Batu 31 Machang

Gempak tul tajuk, arap arap menjadi projek Dusun Durian Musang King Kampung Batu 31. Satu lagi lokasi dah on, yang ni lokasi kedua. Kita Akan fokus kualiti daripada kuantiti. Buat Masa ni, baru dua pokok je tanam. Tapi cara sembang macam dah Ada 100 pokok. Hahaha

Durian kampung tapi isi kuning, paling sedap
Durian kampung isi kuning, kita akan jaga elok elok mak.

Isi sedap pokok ni, kita akan rawat…. Lama benar x cara dia

Saya akan update perkembangan dusun saya. Tanah ini peninggalan arwah ibu saya, macam macam tanaman ada. Bila musim buah, dokong, manggis, durian, petai, asam gelugor semua menjadi. Cuma tak mendatangkan hasil RM. Jadi saya cuba ganti dengan durian Musang King, Ioi, d24, duri hitam dan macam macam lagi.

Segala update Akan bermula dari sini ke bawah :
18/2/2021 Saya beli baja cap kuda singa yang timbang kilo. Nak beli satu bungkus besar takdan budget, beli sikit sikit pun jadi la. Tokey kedai btau, baja ni sesuai untuk pokok tua, baru berbuah lebat. Satu pokok satu kilo. Saya angguk je. Beli 3 kilo baja ni, untuk pokok kecil saya beli baja organik
16/2/2021 Rela berlapar harini….. Coz nak beli pare ni…..Kecek kecek buleh 43yal…. Sempat juga try nebas, tajam tau…

Sampai dumah pahni confirm 2pinggan nasi..

15/2/2021 Abah kata isi sedap pokok Ni….. Tapi x hau la jenis gapo….. ok kita letak plastik merah… Tu tanda, pokok ni akan dicakna..

Selepas 2-3 minggu….. Sembur vitamin, jirus air dan letak baja… Ada nampak kesan….pucuk dah mula tumbuh…..


14/2/2021 Pokok ketiga, Musang King. Finally selesai juga tanam. Pokok ni dah lama beli, tu nampak besar sikit.

7/2/2021 Dua pokok yang ditanam penghujung tahun 2020, masih subur. Harini saya spray racun kulat.

Total Kos saya catit sini, senang nak termenung nanti…ahakkz
Vitamin pokok Rm50
Racun anai anai Rm14
Glove Rm3
Anak pokok Rm180 (7)
Pare bo Rm43
Baja kuda singa dan baja organik Rm35

(Visited 980 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *