Harini mood baik request je kita tunaikan👍, rela pokai ni. Haha.
Jangan percaya, sebenarnya hampir bertahun tahun dah wife request nak mesin dryer. Saya diam je, tu tanda saya tak mampu beli.
Rutin harian kami setiap hari 2 kali basuh baju. Rakyat ramai ni. Tambahan pulak sehari dua ni, Kelantan hujan memanjang. Jemur tak kering, malam terpaksa pergi dobi. Rasanya dah beratus duit habis kat dobi. Terpaksa tunggu giliran.
So pilihan saya untuk beli mesin dryer ni adalah tepat. Jimat duit dobi, jimat duit minyak kereta. Kan kan!
Moment mesej dari wife sebelum kejadian:
Jika anda dipihak saya bagaimana? beli ke tak?…. Beli la….hahah
Kami memilih brand Toshiba kerana kualiti dia memang Gred A. Kebetulan kedai darson buat sales. Tu yang terus beli.
Rm1009 satu.. boleh isi sampai 7kg ni
Sebelum beli, wife tanya macam macam kat seller tu. Cara guna macammana, cara pasang macammana. Tugas saya rakam je gambar untuk saya abadikan dalam blog saya.
Caj hantar Rm30.. mujur saya bawa ‘Raja Jalan’, muat masuk kereta. Jimat rm.
Saya juga sempat review dryer ni, jemput ke channel saya Nazrin Nor
Cuma satu yang menjadi kerisauan saya bil api naik, kata kawan kawan.
Ada idea, tulis diruangan Komen….
Ada kawan syor letak tabung, setiap kali guna masuk rm1. Hahah
Kalau panas sy jemur je kat luar, lau hari hujan memang on yg ni je. Tapi bil biasa je,xmelambong pon.
dryer tak pakai banyak karen pun.macam khabar angin orang.yg ckp karen pakai byk ni.tak pernah ada dryer.😅
Pilih baju suar tebal2 msuk dryer… Yg nipis mcm kain pelikat gantung je cpt kering… Kalo nk jimat la….