Finally saya beli…. Dari awal tahun lagi saya nak beli chain saw..tapi tak mampu… Time ada duit, ada je benda benda lain yang perlu saya beli…so hasrat saya sering terbantut..
Ni kira, NEKAD…. Saya nak beli juga.
So, ajak la wife dan anak anak, jalan jalan Tanah Merah.
Sebelum ni saya dah riki riki kedai mana nak beli, ramai suggest beli kat Manal, Tanah Merah. Selepas depot PATI..kedai alik kanan dari Bandar Tanah Merah.
Deal deal, saya dapat harga promosi…
Sebelum tu tanya apa beza yang ni dengan yang 2-3 ratus..
Simple jawapan dia, supo beli kereta mahal dan murah.. Mana lebih sedap..mesti la yang mahal, kan.
Ok saya setuju…. Kebetulan dia tunjuk brand yang saya nak.
Saya habis dekat RM700.00…
Ni Stihl Ori kedai bagitahu….
Sempat lagi saya tanya, boleh baiki sini tak? Buleh, bawa je. Barang Ori ada kakas senang nak beki.
Time test tadi, semua ok…. Mudah start…
Tak boleh sembang lama, bunyi mesin baiki, berdesing telinga …pelanggan lak ramai … Masyukkk betul kedai ni.