Jalan jalan Bukit Kudung selepas musim banjir

Dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang, saya sempat singgah di Lata Keding Bukit Kudung, Jeli Kelantan.

Dua hari sebelum tu, saya ada nampak statement kat facebook Bukit Kudung, menyatakan jalan masuk ke Bukit Kudung dah boleh masuk seperti biasa.

Jarak dari pintu gerbang Bukit Kudung ke Puncak Bukit Kudung, lebih kurang 5minit.

Ada satu tebing terhakis akibat banjir. Pihak Bukit Kudung dah “sodok”.

Selepas 5 minit kami sampai, ada lah dua tiga buah kereta parking kat bawah. Saya cuba untuk parking kat atas, berhampiran Restoran Bukit Kudung.

Pengalaman ni, pada mulanya saya tak berapa yakin tapi kali ni saya nak try jugak, pasal orang tak ramai kat jambatan kecil di bawah. Air suku tayar kereta.

Lagi satu yang saya risau, time naik ada kereta turun. Mencabar tu.

Mujur tak, semua lancar. Dua orang anak main kereta control. Kemudian mereka request nak mandi. Saya tak bagi kerana dah lewat, 6 lebih.

nampak tak kereta control kat huruf love.
air laju dan dalam sikit

Kena gaya la sikit, ajak anak makan minum.

Nasib kami tak baik, blackout. Kat restoran takde api, hanya boleh order air je. Meja sebelah kami kansel order, mereka nak makan nasi. Kami minum je la. Jap lagi nak sambung perjalanan balik rumah lak.

Kos kami habis dalam RM10 je.. 5 orang anak minum je.

Tadi naik bukit, sekarang turun bukit. Lagi mendebar. Tengok video kat bawah.

Third round kami akan datang lagi. hahah.

Ni artikel saya semasa 1st round https://nazrinnor.com/bukit-kudung-tempat-perkelahan-terbaik-di-kelantan/

(Visited 687 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *