Ladang tenusu Jeram mengaji

Jeram Mengaji Pasir Puteh

Seawal jam 8.20 hari khamis (11/11/2021) saya dah sampai Jeram Mengaji. Konon konon nak feeling Kundasang. Tapi tak bernasib baik, hujan renyai renyai. Mujur ada payung, boleh la snap berapa gambar.

Saya ingatkan saya pengunjung 1st. Rupanya tak! Dah ada beberapa orang pengunjung, ntah pukul beberapa lagi mereka sampai. Awal betul.

Sebelum sampai Jeram Mengaji, pengunjung akan melalui ladang ternak lembu. Tu yang saya kata konon nak feeling Kundasang.

Ladang tenusu Jeram mengaji

Susu lembu juga dijual disini. Datang sini bawa duit banyak banyak tau ..hahah
Cantik pemandangan view disini.

Selain itu penggunjur juga boleh sewa ATV, main jungle flight atau menunggang kuda. Harga kena tanya mereka la.

Saya meneruskan penjalanan ke Jeram Mengaji, jalan tak berapa cun la. Mohon pihak berwajib ambil tindakan.

Finally sampai Jeram Mengaji. Air jernih. Faciliti semua ada, seperti tandas, surau, wakaf, gerai menjual dan Resort. Yang terbaru ada ladang Arnab. Time saya sampai Arnab tu lari masuk lubang… tambahan pulak hujan renyai renyai.. mereka kesejukan.

Jeram mengaji

——————-+————-
Harini 2/10/2020 saya luangkan masa bersama keluarga di Jeram Mengaji Pasir Puteh.

Lokasi di Selising Pasir Puteh. Jika dari Machang masuk ikut highway Tok Bok.

Jika dari Kota Bharu, cross di Selising ke Tok Bok.

Perjalanan kami dari Machang tadi lebih kurang 15minit je.

Apa yang best, sebelum sampai ke Jeram Mengaji. Kami akan lalu ladang lembu seakan akan di Kundasang. Siap ada gerai jual susu fresh lagi. Saya berhenti sekejap, bagi anak pengalaman lihat lembu New Zealand depan mata. Kami juga turut bergambar.

Kemudian kami teruskan perjalanan.. Kejap je. Akhirnya kami sampai, lebih kurang kul 9.00 pagi. Penuh parking, suasana meriah dan orang pun ramai.

Kemudahan lain ada kat sini, resort agro, tandas (air dia laju), surau dan gerai menjual.

Kos saya habis harini Rm20 je.

Saya juga sempat rakam video untuk kenangan. Dal video tu sorang sorang anak Saya Komen…. Rugi kalu anda Tak tengok.

 

Saya nak belanja topup RM5…untuk 2 orang..Wasap saya SEGERA 0103317006.
CodE SeJAhTeRA.
1.
2.

(Visited 3,106 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.