Ke pajak gadai harini, hhaha

Tebalkan muka sikit, sambil sambil tu nyanyi lagu sayang menyayang..

Life mesti diteruskan.. Harini saya ke pajak gadai ar rahn. Saya ingin kongsikan pengalaman saya, malu ke, segan ke, terpaksa ke, nekad ke..

Time nak masuk tu, saya kontrol muka buat rilek. Kononnya orang ada duit, bukan orang terdesak. Padahal dah nekad seminggu dua nak gadai gelang wife.

Yang saya segan time lalu depan ‘Tok peraih emas’ ala yang duduk luar kedai pajak tu. Hahah.

Lebihkurang seminit je tunggu no.giliran. Saya ke kaunter bagitahu nak gadai, sambil sambil tu saya letak barang kemas.

Dia mintak IC saya.

Dia bagitahu dapat Rm4300.00, saya tanya boleh naik lagi tak.

Dia kata takleh dah…

Okay la setuju.

Kemudian dia hulur borang untuk saya sign.

Lepas tu dapat Rm4300.00

Selepas terima kasih saya pun keluar.

Jalan pun control macho….dalam hati takde sapa sapa tahu. Hahah

Ok chow!

(Visited 73 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *