Perkongsian kadang kadang dapat membantu meringankan beban pewaris atau membayar hutang arwah serta dapat membuat amal jariah untuk arwah.
Saya jadi cakna selepas kematian arwah adik saya.
so saya kongsi kongsi maklumat.
step selepas pengebumian arwah, sila daftar kematian arwah.
pertama : kita mula dengan ASB. kall careline atau g je ASB berhampiran. Jika boleh semak, bagi no kp arwah. Jika tak, careline akan suruh pergi ASB berhampiran. Sambil sambil tu, tanya apa apa dokumen yang perlu dibawa.
kedua : Bank rakyat. Saya dah call careline, careline bagitau, khariat hanya untuk pemegang saham bank rakyat sahaja. Jika ada pergi kaunter untuk permohonan tersebut
ketiga : jika arwah penjawat awam. sila rujuk website JPA.
keempat : jika arwah kerja swasta, cuba check dengan PERKESO. Nilai rm2000…..

kelima : KWSP… pewaris paling hampir boleh tuntut. jika anak belum berkahwin, ayah dan ibu yang layak. jika telah berkahwin, suami atau isteri layak menuntut.. Dalam rm2000 jika tak silap.
keenam : syarikat insuran
ketujuh : bank persatuan.. yang ni, jika saya meninggal mohon isteri saya hubungi bank ni.

kelapan : BSH.. bagi yang layak. kategori berkeluarga… rasa Rm1000.
kesembilan : Agro Bank (ada pakej takaful dia)
Nasihat saya, kita kena aktif la dalam mana mana persatuan/masjid.