Liku liku Perjalanan Youtuber Nazrin Nor – baca untuk ilmu youtuber

(Start). Hampir 5 bulan berlalu, baru aku tahu liku liku perjalanan Youtuber sangat sukar. Kalu baru nak berjinak jinak aku nasihatkan baik tak payah, jika nak teruskan juga hasrat murni korang tu teruskan baca artikel aku. Untuk penuhi 1000 subscribers mudah je. Tapi yang jadi masalah adalah 4000 jam masa tontonan. Ambik kau.. 10jam sehari orang tengok pun, kau masih GAGAL.

Let go kita membaca, rajin membaca dapat ilmu.

Nama chanel aku Nazrin Nor.

Dua hari lepas, aku dapat 70000 ribu View. Banyak tu kan, nak dapat banyak ni aku dah berjuang selama 5 bulan dah. Tapi masih gagal lagi untuk capai 4000 jam tu. Macam macam video aku dah upload, hampir 300 video dah. Tapi kegagalan juga aku terima.

Purata sehari hampir 800 view aku dapat, tapi terlalu SIKIT ni. 800 view ni mungkin dapat 20-29jam tontonan je.

Ok aku stop aura negatif. Stay tune jangan cabut lari.

Selepas 5 bulan menceburi bidang ni, tanpa guru, tanpa pengetahuan dan tanpa peralatan canggih, kini baru aku faham rentak dan liku liku perjalanan betul youtuber. Bawah ni ada beberapa tip dan ulasan.

Pertama, rancang strategi bagaimana nak capai 4000 jam (watch hour).

  • Jika 1 video menghasilkan 1 jam tontonan, maka anda perlu create 4000 video.
  • Jika 1 video menghasilkan 2 jam tontonan, maka anda perlu create 2000 video.

Video ni selepas sehari di upload telah menghasilkan 144minit tontonan, kita tukar kepada jam 144/60= 2jam 24minit. Saya yakin video ni mampu beri banyak jam untuk chanel youtube saya. Target saya 2jam, lebih kira bonus la.

  • Jika 1 video menghasilkan 10jam tontonan maka saya perlu 400 video. Nampak tak scope mengecil. Contoh video dibawah telah menghasilkan 651 minit (10jam) dah.
  • Jika 1 video menghasilkan 50jam tontonan, maka saya perlukan 80video. Makin mudahkan. Keyword dia perlu hasilkan content yang berkualiti. Rujuk contoh dibawah, 68jam dah dia bagi :
  • Jika 1 video menghasilka 100 jam tontonan, abang lagi suka. Perlu 40 video je untuk capai 4000jam tu. Nampak makin mudah kan. Lihat contoh video yang telah memberi 100 jam kepada saya. Video ni dah 6767 minit dah tontonan (112jam).
  • Jika 1 video menghasilkan 200 jam, maka anda perlukan 20 video. Syokkan jumlah video mengecil tapi tontonan 200 jam setiap video.. lihat contoh, 244jam.

Nampak tak apa yang ingin saya sampaikan, jumlah video dan masa tontonan. Makin ramai penonton makin cepat anda capai 4000 jam.

Anda tak faham nak baca analisis ni boleh je wasap saya 0103317006. Saya tak lokek ilmu. Satu ilmu yang saya bagi, banyak kebaikan yang saya terima.

(Visited 183 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *