Festival julung julung kali diadakan di Machang, Kelantan. Kategori besar besaran ni.

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020, saya mengajak adik kakak, abang, pakcik, saudara saudara hadir memeriahkan festival ni. Jangan kata abang tak payung.
Pelbagai aktiviti jualan seperti baju bundle, kasut bundle, topi bundle, seluar bundle dan barang vintage. Pertunjukan motor vespa tercantik di Kelantan juga diadakan.
Lapar dan dahaga, jangan risau aneka jualan minuman dan makanan ringan ada tepi tu (beli la). Dewan Majlis Daerah Machang dikelilingi kedai makan. Kedudukan dewan amat strategik, depan taman permainan kanak kanak, dekat supermarket dan dekat kedai 2 yal setia.
Rugi jika tuan puan tidak hadir, dengan kata harga istimewa sempena Machang bundle festival 2020. Kenan, belaga harga beli je.

Festival ini diadakan selama 3 hari iaitu 20 mac, 21 mac dan 22 mac 2020 bermula jam 10 pagi sehingga 12 malam.
Ingin turut serta? boleh, di alu alukan… hubungi penganjur.
saya sendiri nak cari kasut kerja nanti..