Makan maggi sorok sorok tengah malam

Makan maggi sorok sorok
Sejak ada anak, saya makan maggi sorok sorok tu pun tengah malam. Saya tak nak benda ni jadi trends, saya makan maggi, anak anak pun makan maggi.

Saya akan pasti anak anak semua dah tidur, baru la projek makan maggi jalan lancar. Tapi kan, kadang kadang saya yang terlelap dulu. Terbantut hasrat makan maggi lewat malam.

Satu lagi, plastik maggi jangan buang gitu je, sorok dalam dalam tong sampah baru la takde kesan.. Jika tak, pagi esok anak akan tanya, papa makan maggi ke semalam? Pandai makan pandai sorok plastik bukti tu.

Cara paling best masak maggi, bagi saya rendam dengan air panas je. Tu pun dah sedap. Nak lagi sedap tambah bawang putih 2 biji.

Tapi jika kat kedai, order maggi tomyam best juga. Jangan order maggi rendam pulakā€¦haru biru..

Tapi betullah orang tua tua kata, jika deman nak makan maggi..

Apa kata anda layan dulu video saya.

makanmaggitengahmalam #maggikosong #nazrinnor

(Visited 327 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *