Mini Zoo Kuala Krai

Harini saya bawa family jalan jalan di Mini Zoo Kuala Krai. Mini Zoo ni baru je buka hari khamis lepas, bunyi kata Menteri Besar Kelantan rasmi.

Saya sampai seawal jam 9.30, Perhhh beratur panjang la… Ramai betul hadir harini.

Lebih kurang 10-15minit je beratur… Harga tiker harini, dewasa Rm8.00, Kanak kanak Rm4.00… Total saya habis Rm40… Harga normal rm10 dewasa, rm5 Kanak kanak.

Sebelum masuk saya nasihatkan akak akak abang abang adik adik bawa seksiap air. Kawasan Mini Zoo ni luas juga, lepas tu berbukit.. Berpeluh juga saya..haha

Banyak juga binatang, tapi kecil kecil…hahah nak tergelak saya tengok.. anak Arnab, anak kura kura, anak landak & macam macam.

Unta, kuda padi, gajah, rusa pun ada. Burung pun sama.

Tadi saya sempat masuk taman Rama Rama, jumpa sekor je rama rama… Yang lain mungkin terlepas kot atau tersorot.

Lebih kurang sejam setengah kami keluar.. penat bos… Berpeluh saya

Tahniah warga Kelantan, beribu hadir support… Suasana memang A.

(Visited 47 times, 1 visits today)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.