Musim Pkp gunting sendiri rambut

Dilema betul, rambut panjang tapi kedai gunting tutup. Emmm.

So penyelesaian masalah ini, saya gunting sendiri. Tawakal la, jadi ke tak. Gunting sendiri dia kekok sikit. Takut tergunting lebih je, lain jadinya.

Saya betul betul rimas jika rambut melebihi cuping telinga. Rasa sangat tak selesa.

Berbalik kepada cerita saya gunting rambut sendiri tadi. Mujur la kat rumah ada gunting dan cermin. Jadi tak payah keluar beli dulu, guna benda yang dah ada kat rumah.

Lebih kurang 15minit juga saya potong situ potong sini, depan belakang. Ni result, ok tak?

Boleh la bertahan sementara waktu ni. Nanti bila kedai buka, kita gunting kat kedai… Biar nampak lagi kemas dan smart.

Saya paling suka gunting rambut kat kedai India, tahu tak kenapa?

Laju diaorang gunting.

Saya sanggup ke Bukit Sireh, Kuala Krai sebelum ni untuk gunting rambut.

Jika balik Penang, saya akan gunting rambut. Senang je nampak diaorang gunting.

Saya paling tak suka gunting lama lama..

Jika kat kampung, saya akan request Abe Hasan untuk gunting paling cepat. Dia dah masak perangai saya.

Pernah sekali masa kat bandar Machang, saya bagitahu nak gunting paling simple dan cepat. Heran dia. Terus speed. Tak sampai 10 minit siap.. Haha

Lagi satu saya akan mintak tak nak guna pisau cukur. Nyilu bos. Sapa yang pernah gunting rambut saya, dia tahu la…hahah.

Saya ada pengalaman buruk ketika gunting rambut. Itu yang menjadi fobia kepada saya. Saya masih ingat, ketika sekolah menengah (30 tahun lepas, lebih kurang) masa tengah gunting rambut. Saya heran kenapa brader ni hulur slow slow, dengan mesin dekat telinga saya. Berkali kali lak tu. Risau juga takut terkena mata mesin tu. Seriau tau. Saya memerhati je, masa tu saya taktau apa. Budak lagi. Last sekali brader tu bagitahu kawan dia, dia tak boleh. Kepala pening. Ntah la, pening kenapa. Kawan dia take over, baru siap. Tu la pengalaman paling dasat saya pernah alami.

Pengalaman kedua saya, cuping telinga kat bawah tu berdarah terkena pisau. Salah saya. Time dia cucuk guna pisau, kepala saya bergerak. Tu terkena. Banyak juga darah. Dua tiga helai tisu cover. Perit bos.

(Visited 394 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *