Nak niaga di shopee tak? Meh saya ajar cara.

Shopee…. Nak niaga tak? Meh saya ajar cara.

Pertama korang kena create akaun seller shopee… Cari kat atas sebelah kiri..Yang ni saya andaikan korang semua dah tahu.

Kedai shopee saya

Prinsip asas nak niaga dalam shopee.. saya sendiri:
1. Saya taknak ambil gambar orang lain. Saya akan beli produk, paling kurang satu. Snap gambar sendiri, baru la saya upload. Huduh pun huduh la. Saya tak nak ada benda berbangkit nanti, nanti ada yang mesej. Encik ambil gambar saya punya!.. malu bos…
2. Kedua, korang kena tahu cara nak covert kg ke gram atau sebaliknya. ML tu apa. Weight la, kena ngaji sikit. Silap masuk benda asas ni caj pos akan berbeza. Ada buyer yang bijak, penuhkan satu bakul dari kedai sama untuk elak caj bos berganda. Time tu gram memainkan peranan.
3. Tak faham bahasa inggeris, elok tukar bahasa melayu. Nanti tertukar apa tu weight, variation, height dan macam macam. Atau stanby kamus seksiap.
4. Alat nak packaging kena ada seperti gunting, wrap, sampul @ envelope, ‘salotip’.
5. Komputer, mujur kat rumah dah ada sebijik. Printer pun elok lagi.
6. Paling penting bagi saya Modal kena ada. Kadang kadang untuk dapat harga murah kena beli dalam bentuk kuantiti, kan. Nak dapat balik duit tu take time, kena ada sales baru ada duit. Duit minyak pun kena ada. Tu saya kata modal sangat penting. Ada 200-300 dah ok. Modal kita apa nak peliknya.

Settel bab ni, baru boleh jump bab lain. Saya start Niaga di shopee tanpa guru. Banyak saya belajar sendiri. Hari kedua baru saya join group di shopee di Facebook.

Nak setup kedai, mudah je… Nak buat sales tu payah juga la. Kena kreatif la, kita orang baru.

Nak tahu apa rahsia saya hari ketiga ada jualan?
1. Pertama, saya fokus pada produk murah. Produk harga Rm10, belas belas ringgit ada yang bawah Rm10. Kiranya produk mampu beli, tu yang saya jual. Contoh, klik sini.

2. Kedua, saya bincang dengan wife nak jual apa. Catit tau, barang apa nak niaga. Dia lebih arif bab ni. Isteri mesti tahu, apa isteri orang lain nak beli. Kan kan.
3. Hebohkan. Hantar je link ke group wasap, terutama group keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
3a. Up status wasap
3b. Up status Facebook
3c. Promote di Facebook (wall saya)
3d. Instagram
3e. YouTube…lupa nak maklum, saya ada channel YouTube. Nazrin Nor
4. Dari situ la sales tercipta. Suka tau, hari ketiga dah ada sales. Yang dekat saya COD je, tanpa melibatkan kedai shopee saya. Rezeki tak salah alamat, kawan kawan opis mula buka mata. Ni ada yang order.

Ni ada lagi,



Lagi 2 COD saya tak sempat nak rakam. Frust tul.

Terima kasih yang support saya…

Sayang la jika saya tak manfaatkan peluang!
✓Unifi unlimited.
✓J&T dekat je dengan rumah (dalam 4-5 minit sampai). Ada 3 J&T di Machang. Syarikat courier lain pun banyak.
✓Pasar borong pun dekat (3-4minit je)
✓Penjual produk pun dekat.
Saya perlu BERTINDAK!

Saya ingatkan ada sales duit dapat terus. Hahaha.
Tak la. Selepas ada jualan, kita perlu pos dan bila pelangan terima baru la duit dapat dalam akaun shopee. Dari situ terpulangla nak widraw ke tak…. Elok simpan banyak dulu baru ambil.. ambil kerap takut ada caj je. Hahah… Saya masih baru lagi, banyak kena selongkar.

Lupa nak bagitahu, satu lagi cara kita kena ‘boost‘ setiap 4 jam. Pilih produk yang anda yakin meletop salesnya, boostkan yang tu.

Kesemua kaedah yang saya kongsikan diatas adalah adalah kaedah free. Jika ada duit lebih baru la guna ‘ads’. Saya tak mampu lagi.

Target saya sekarang saya kena pelbagai barangan dalam kedai saya. Kot kot ada viral, rezeki saya la. Saya yakin, sebelum semangat ni luntur, kedai saya akan BOOM.

Saya target tak banyak, dapat sales seribu dua sebulan cukup la..

Yang penting, usaha, doa selepas sembahyang kena selalu buat. Saya pasti boleh. Anda pun sama!

Saya end kat sini dulu.. next citer selanjutnya, TUNGGU.

(Visited 142 times, 1 visits today)

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *