Peluang tambah pendapatan dengan youtube

Sejak kebelakangan ni ramai orang duk citer buat duit dengan youtube. So saya terjun bidang youtube, nak juga merasa betul ke tidak?

Chanel saya : Nazrin Nor

Buat masa ni saya belum merasa satu sen pun dari chanel youtube saya. Sabar je la. Simpan kesedihan dulu, kita layan yang gembira jap.

Video paling banyak view

Tak mimpi langsung video ni boleh cecah banyak view. Video tanpa skrip. Search dia tinggi. Cuba test keyword Myvi H baru. Pasti kuar video saya. Agak agak boleh hit 10000 view tak?

https://youtu.be/ExQC0g9y1zc

Untuk membolehkan Anda Jana Rm dari youtube, anda perlu melepasi 2 syarat wajib dalam masa setahun. Pertama, 1000 subscribe dan kedua perlu capai 4000 jam tontonan. Contoh seperti dibawah, tapi saya belum layak lagi masa ni.

Selepas anda layak, anda perlu buat permohonan, YouTube akan review terlebih dahulu dan no.pin akan di hantar ke alamat anda. Lulus semua baru la ada iklan masuk.

Kadang kadang saya sendiri rasa nak give up, upload video tak sampai 100 orang tengok. Dukacita betul. Syarat dia terlalu payah…

Errm, arap2 sempat melepasi syarat yang diberikan. Masa saya tinggal 6 bulan je lagi.

Sepanjang tempoh 6 bulan sebelum ni saya boleh rumuskan, SEO, thumbnail dan tajuk memainkan peranan penting.

Semalam 26.9.2020, wow dah hampir. Timbul perasaan gembira. I can do it.

Rahsia yang saya ingin kongsikan disini, baca dan fahami betul betul.

  1. Buat tajuk video bermula dengan Cara (antara carian terbanyak di channel saya).
  2. Buat video berkaitan aktiviti tempatan dan post di group tempatan.
  3. Buat video viral (contoh mudah, video banjir).

Harini 28.9.2020 berbaki 3 bulan lagi sebelum genap setahun, Saya dapat berita gembira. Channel saya telah melepasi syarat yang ditetapkan. Sekarang tunggu proses review dari YouTube je. Arap lulus cemerlang.

Syukur alhamdulillah sehari selepas layak, channel saya lulus review. 

Agak agak tuan puan berapa video saya sehingga 27.9.2020?

hampir 400video

(Jika tak caya buka channel saya sekarang)

Saya akan berkongsi beberapa tip, setia membaca okay.

tip untuk buang perasaan malu ketika bercakap depan kamera…

  • Perbanyakkan video unboxing. Unboxing ni kita memperkenalkan produk baru dibeli. Sambil buka bungkusan, sambil rakam.. benda simple. Tapi ini adàlah asas kepada kepada kita untuk memberanikan diri bercakap depan kamera.
  • *Perubahan yang saya sendiri alami, dulu saya mesti pakai spek ketika bercakap depan kamera..Sekarang tak perlu dah.. 

Tip memilih Musik (Ilmu ni saya baru dapat dari kawan saya)

Langkah 1: klik link ni https://studio.youtube.com/channel/UC97EcOCYM60PCobNWJfOxww/analytics/tab-overview/period-default?o=U

Langkah 2: pilih music

Langkah ketiga : pilih dan download music

Langkah 4: buka app anda(app edit video, saya guna filmora percuma)

Baru bestkan banyak pilihan musik percuma ni. Ok selamat mencuba.

 

Iklan sikit :

Use Setel & pump petrol like a boss.
Use code: m36jf
https://www.setel.my/ref/m36jf

Simkad tarikh aktif panjang. https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DYSD97218

Daftar Forex disini

(Visited 2,067 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *