Pengalaman anak bersunat

Esok (7/8/19) tarikh yang ditunggu, arap semua baik baik belaka.

Ya ALLAH aku memohon pada mu, permudahkan segala urusan anak anakku bersunat.

Sehari sebelum aku beli jiwa anak anak, permintaan mereka untuk makan KFC aku penuhi.

Permintaan kedua, mereka nak data internet pun aku penuhi. 1GB setiap sorang.

Teringat zaman aku bersunat, masa tu bersunat dengan doktor. Aku nombor kedua terakhir. Nangis ke tak? lupa la. hahah. Arwah ma, arwah mak dan abah yang jaga time tu. Seminggu juga berpantang. Macam macam ragam. Rahsia tetap rahsia.

Berbalik pada cerita pengalaman anak bersunat. Kena pergi awal ni, dengar kata sunat perdana ni melibatkan 100 orang.

Mengikut tradisi, mereka akan diraikan, nanti esok saya update :

6.30 kejut anak bangun, solat subuh dan mandi.

7.30 i am ready

sampai sampai dapat nombor 21-23

Aturcara majlis, berlarak sambil berselawat. kemudian diraikan dengan semburan air oleh anggota bomba dan perasmian majlis oleh isteri Dato Fadzli. Akhir sekali datin menyuap kesemua peserta mulut kuning.

Selesai semua tu, maka tunggu giliran je la, nak potong.

Permulaan yang baik, tapi kan.. ada citer selepas masuk bilik. Disebabkan ada sorang menangis, kesemua anakku turut menangis.

Si abang nangis kejap je.

Tapi si adiknya, terus tak nak.. Aduh, masalah ni.. Jenuh memujuk, macam macam janji la. Siap nak drone lagi tu. Aduh…… makan diri ni. hahahah

9.20 pagi : Akhir sekali, selesai adiknya. Baru boleh tarik nafas lega.

Pengalaman harini akan menjadi sejarah untuk adam, akif dan haziq.

Sekarang giliran ibu ayah pulak untuk menjadi anak berpantang. Macam macam drama muncul lepas ni.

Pengalaman menguruskan anak kencing, pengalaman menguruskan anak buang air besar, pengalaman menguruskan anak makan nasi dan lauk ikan bakar sahaja. Kita tempuh je.

hari keempat sebelum pergi kerja mandikan dua orang anak. Mandi mandi ayam je. Malam hari keempat semua lancar, menangis kejap je.

Yang mana belum subscribe Youtube channel ( NAZRIN NOR ).. jom arhh

(Visited 578 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *