Saya ada trip ke Jakarta dan Bandung Indonesia Bulan Mei 2023 ni. Tapi passport takde lagi, so saya nak share cara buat passport untuk 1st time.
Lokasi saya di Kelantan. Langkah pertama saya ke UTC Kelantan, bersebelahan KBMALL. Saya sampai awal, lebih kurang 8.15 saya dah sampai.
Saya naik tingkat 2, cari Jabatan Imigresen. Masa tu dah ramai dengan uncle uncle auntie auntie. Saya ke kaunter pertanyaan, bagitahu nak buat passport. Dia bagi borang dan suruh saya untuk photostat kad pengenalan. Perkhidmatan ini disediakan. Sekeping photostat k/p harga RM1.
Kemudian saya isi borang, senang je. Bab ketinggian kena ukur sendiri. Pengukur disediakan. Siap isi saya maklum ke kaunter dan dia bagi nombor. Tunggu lebih kurang 10 minit tiba giliran saya. Kemudian dia kata tunggu untuk pembayaran. Time nak bayar kena guna kad debit, mujur saya dah stanby duit dalam bank. RM200 habis Kemudian dia kata kena tunggu sejam untuk passport.
Saya lepak luar je. Cukup sejam saya ke kaunter maklum nak ambil passport.
Kesimpulan saya habis,
Passport RM200.00
Photostat k/p RM1.00
Lebih kurang 2 jam semua selesai.