Pengalaman Houseboat Royal Belum

Finally jadi kenyataan, 25/3-26/3/2022 saya dan kawan kawan berpakat duit sedikit sebanyak untuk Pakej Houseboat Royal Belum, Grik Perak.

Lebihkurang jam 11pagi kami sampai di Jeti Tasik Banding. Mujur ada parking kereta, ramai orang time tu. Sehari parking Rm5, jadi kami kena bayar Rm10. Pakej kami 2 hari satu malam je.

Harga Houseboat kami Rm3500.00. Ada 6 bilik, 2 kat bawah 4 kat atas. Saya plan nak duduk bilik atas, tapi dia punya wap panas. Jadi saya pilih bilik bawah.

Ops lupa nak bagitahu, permit setiap sorang RM15 dan permit memancing Rm5.

Sebelum berlayar, cewah…. 😂
Kami diberi taklimat oleh guide tour kami. Tentang perjalanan kami, apa boleh buat dan apa tak boleh buat.

Berlayar je, kami terus berkaroeke.

Perjalanan Dari jeti ke destinasi kami lebih kurang 3 jam. Lamanya. Perut dah mula bunyi dah. Masuk dapur terus masak, nasi putih, sardin dan telur je. Mujur ada budu. Pakej kami masak sendiri. Perkakas dapur disediakan.

Destinasi pertama Hiking & waterfall Sungai Kooi. Trek cukup mencabar, anda disyorkan pakai kasut, trek dia licin dan berbatu. 30 minit baru sampai kaki waterfall. Ada 2 guide yang follow kami.

Perhhh memang cantik view. Tinggi waterfall dia. Dari jauh dapat rasa tempias air terjun. Pakat mandi situ.

Bila dah puas kami turun, time turun lebih mudah dari naik. Hampir 20minit je dah sampai bawah.

Sampai bawah cari, mana air..air..air..hahaha

Seterusnya balik ke houseboat. On laptop, kami sambung karoeke pulak. Houseboat kami mula bergerak, cari tempat parking.

Masa awal awal saya request parking kat tempat ada line hp. Alhamdulillah line Onexox saya ada. Boleh la berhubung dengan anak bini.

Plan nak kuar mancing selepas boat parking, tapi hujan lebat. Hold dulu la hasrat tu. 30minit selepas tu hujan stop. Sorang je keluar mancing. Bab mancing ni, houseboat kami dah sediakan 2 speedboat untuk mancing atau transit mana mana.

Lepas time magrib kami bakar bakar ayam, sosej, daging 🍔 dan macam macam. Seronok betul.

Kena 3-4 ketul ayam saya dah kenyang.. Turun bawah sambung layan citer Pok Ya Cong codei mencari siti. Kami layan Dari episode 2 hingga 4. Drama drama macam ni kita mahukan… Best …

Habis slot YouTube kami sambung karoeke. Sampai kul 2 pagi… Saya terlelap awal, jam 11 dah 💤..

Kul 4 pagi saya dah terjaga, edit edit video apa semua.. Jam 5 pagi saya bersendirian karoeke, jam 6 saya stop.. sejam saya nyanyi lagi kekasih awal dan akhir. Hahah

Time tu suasana gelap gelemat. Hanya bunyi generator je. Perasan takut tu ada tapi beranikan diri je la.

Tidur malam sekor nyamuk pun takde!

Seawal jam 7 lebih kami 3-4 orang masak pagi. Buat buat kalut je. Padahal masak roti telur Dan daging burger je.

Selepas selesai makan, lebih kurang jam 8.10 pagi, boatman ajak kuar mancing. Saya taknak lepaskan peluang tu. Saya join trip mancing.

Cari pengalaman memancing di Royal Belum. Kami cari Ikan toman. Syok juga, mata liar memerhati mana Ikan timbul. Sekali Ikan muncul, kami bertiga terus balik mata kail.

Boatman pun bagus juga tak kedekut ilmu, banyak ilmu memancing dia sharing. 30 minit kemudian kail boatman dapat Ikan. Syok tengok cara tarik Ikan. Sampai sampai je kat boat, Ikan terlepas.. sempat juga saya nampak Ikan toman tersebut, besar. Kul 10 pagi boatman ajak balik ke houseboat.

Kejap lagi kami akan ke Santuari Ikan di Sungai Ruok. Guide kami, bro amin siap pesan bawa roti.

*Alhamdulillah, takde sorang rakan kami mengadu barang hilang. Sewaktu kami ke Sungai rooi dan Sungai Ruok, item berharga kami dijaga oleh pemandu houseboat, terbaik bro amin. Dia stay di atas houseboat.

View air terjun Sungai Ruok memang cantik. Ikan Ikan pun besar. Terasa kami bersentuh dengan Ikan. Ops lupa nak bagitahu, life jacket kena pakai. Dalam juga situ.


Semua enjoy, kemudian kami balik ke houseboat.. abang boatman ajak gi mancing lagi sekali. Umpan dan ready.
Saya surrender bagi peluang member lain lak rasa.

Balik balik 2 orang kawan btau dapat Ikan. Kami semua menuju ke dapur, excited nak tengok Ikan.

Wow, toman 7kilogram… Besar kawan2.

Tanya sapa nak semua dia cakap taknak..so Ikan toman tersebut dilepaskan.

Driver houseboat beritahu, nak bertolak balik. Lebih kurang 2 jam baru sampai jeti.

Saya sempat masak maggi…lapar bro….

Dekat jeti, mana mana barang tak habis saya bawa balik..

Tutup fail, selesai merasai pengalaman bermalam atas houseboat Royal Belum.

(Visited 426 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *