Haouseboat Tasik Kenyir
24-25.2.2023
Unik trip kali ni, kami bertolak malam. Konvoi ramai ramai jam 11 malam. Kul 2 kami sampai, guna laluan Machang, Pasir Puteh, Jertih, Palong, Kenyir. Seriau juga malam malam, jalan memang sunyi.
Kami dah deal dengan contact, sampai awal nak bermalam diatas Houseboat. Dia kata boleh. Ingatkan kami je yang plan macam tu, tapi rupanya ramai juga yang buat macam kami.
Malam pertama lepak,sembang dan zzz je.. sorang dua je yang mancing. Saya bangun pagi, tengok ada gambar mereka post dapat sekor ikan. Biso!
Pagi kami sarapan di jeti. Selepas tu saya round round sekitar jeti, cari port port cantik untuk ambil gambar produk.
Lebih kurang jam 9 pagi kami berlepas. Destinasi pertama kami Taman Herba. Macam macam pokok herba ada. Lepas tu kami singgah minum air akar kayu. Ada air tongkat Ali, mahkota dewa dan kacip Fatimah.
Saya minum air tongkat Ali. Pahit..rasa lekat kat tengkok(leher). Air dia betul betul original. Semua yang minum kata pahit. Haha
Jangan terangkat malam ni sudah la.
Kemudian kami sambung ke destinasi kedua, parkir Houseboat dekat dengan air terjun. Saya tanya lagi, mereka kata bermalam disini. Jadi kami ada dua pilihan, pertama mandi air terjun dan kedua sapa sapa nak casting petang nanti boleh mancing.
Yang bagus kat kawasan parkir ni, ada lampu solar dan tapak perkhemahan. Cuma kat parkir line HP takde. Saya terpaksa ke darat cari Line. Haha.
Kami semua bersiap ke nak ke air terjun. Ada option, pertama pergi dengan bot atau kedua jalan kaki. Mula mula saya naik bot, tengok laluan mencabar saya tak jadi naik, patah balik saya nak guna laluan trek jalan kaki. Jauh sikit la…tapi lebih selamat. Haha
Time saya jejak kaki di kaki air terjun, ramai dah orang tengah mandi. Ada yang siap bawa bekal nasi lagi..bestnya makan tepi air terjun.
Cari geng tengok tengok kat atas mereka mandi. Air jernih. Sejuk sangat. Saya mandi 5-8minit je. Sambil mandi, sambil berhati hati juga takut tergelincir ke atau jatuh ke.
Siap mandi kami semua jalan kaki ke Houseboat. Sesi petang lak, casting. Geng geng casting tengah bertungkus lumus siapkan pancing. Masing masing tunjuk skil ikat mata kail. Saya layan memerhati je.
Saya pilih ke darat, cari line. Kebetulan ada mesej nak beli produk. Rezeki petang jumaat. Sambil sambil tu saya ambil peluang rakam video dan gambar produk. Ni antara produk saya jual, nak beli mesej saya 0103317006
Aktiviti malam paling best, kami BBQ. Saya bahagian bakar arang dan bakar lauk BBQ.. perut sebenarnya dah lapar sangat. Ada ayam, ada sosej, ada daging burger, ada ikan.
Kemudian acara bebas, ada yang karoeke dan ada yang sambung mancing. Banyak juga ikan dapat. Saya seperti biasa cari line kat tapak perkhemahan. Saya dengan hp memang tak berenggam.
Jam 11 malam saya dah zzzZZzz. Kul 3 lebih saya terjaga. Ingat nak karoeke, tapi tak reti cara nak on.. haha, layan movie Ong Bak la…sampai saya terlelap atas sofa.
Pagi team mancing sambung mancing dari atas houseboat. Saya ke darat ke kerja. Haha
Kul 9 kami gerak balik, lebih kurang 45minit perjalanan kami sampai ke jeti.
Trip kali ni saya bagi 4 🌟🌟🌟🌟.
tip untuk ke Tasik Kenyir.
1. Deal dengan Houseboat, pakej kami RM2000.00.
2. Request perjalanan nak ke mana.
3. Request nak parkir mana, tempat ada line atau tak.
4. Kali boleh cari pilot yang spoting.
5. Tetapkan tarikh perjalanan.
6. Bawa bekal banyak banyak sikit. Lapar atas houseboat..makan memanjang.
7. Listkan group member, ajak yang serius nak pergi je.
Kelebihan Houseboat Irama Kenyir
1. Bilik tido ada 6 bilik
2. Tandas ada 2, siap bermozek lantai.
3. Ruang karoeke luas
4. Ruang dapur selesa.
5. Pilot spoting.
Selebihnya anda kena rasa sendiri la pengalaman bermalam atas Houseboat Tasik Kenyir.
Nazrin Nor
0103317006
24-25/2/2023