Pengalaman redeem minyak petron percuma

Real case!

Pagi tadi sebelum hantar anak ke sekolah, saya singgah Petron. Ushar dulu ada minyak kuning baru saya isi. Sehari dua, viral minyak kuning habis…ramai betul balik berjaya di Kelantan tahun ni.

Perit bos, terpaksa isi minyak hijau musim raya mengejut ni. RM3.00 tak sampai satu liter.. sedih tengok meter motor..haha 😆

Okay, berbalik real case saya nak citer malam ni… Saya isi minyak percuma..syokkan, nilai rm45…

Cara dia macam ni, saya selalu isi minyak kereta motor guna Petron.. Dari situ la saya kumpul point sikit sikit.. hampir 7-8 bulan juga la nak cukup 3000 point.. hujan panas mendung bersalji apa semua..haha

Kenapa perlu 3000 point?

Kerana anda boleh tukar dengan minyak Rm45… bestkan!

Dialog pagi tadi..

Saya: bos, nak redeem point. (Sambil saya hulur kad)
Staff Petron: dia ambil dan check.
Saya: (mata saya memerhati je tengok dia tekan itu in, expert cepat dia buat)
Staff Petron: dia hulurkan resit suruh saya sign, isi nama dan no.kp.

Selesai urusan kaunter, saya ke pam minyak. Isi minyak dengan senyum beb…

Hahah, barang free kan!

Bestkan, u all start la kumpul point dan tebus bila dah capai target 🎯…

At least, dapat la;
1. Menjimatkan perbelanjaan bulan saya, minyak ni dapat bertahan seminggu pun saya dah happy 😊.
2. Reward untuk pengguna, saya rasa seakan dihargai. Tak sia sia saya isi minyak…haha.
3. Dengan minyak percuma ni tak nalin dah jem.. (1km jalan Machang – Tanah Merah (malam raya ke3), hampir sejam saya terperangkap dalam jem.. Haha

Lain stesen minyak, lain benefitnya…. Jadila pengguna bijak. Okay sekian terima kasih.

Stay tuned, next saya akan kongsikan cerita lain pulak…

(Visited 148 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.