Pengalaman renew lesen di JPJ Musim PKPP

Saya baru je renew lesen, 18 jun 2020. Saya nak share pengalaman saya semasa proses renew tersebut.

2.30 Saya sampai di JpJ Machang. Beberapa SOP Saya perlu patuhi sebelum masuk ke pejabat Jpj. Saya perlu tulis nama dan no.hp (tulis sendiri). Kemudian check suhu, baru la dapat nombor.

Masuk dalam dan tunggu no saya di panggil. Dalam 5 minit je nombor saya dipanggil. Saya beritahu lesen mapuh, nak sambung 2 tahun. Duit ada kat tangan dah. Petugas kaunter kata nak kad bank, Saya kata kad bank Ada dalam kereta, so saya kuar pergi ambil. Patut pun Saya tengok ada Orang kaunter sebelah kuar dan masuk balik, rupanya ambil kad bank juga.

Time nak bayar dia tak nak duit cash, konfius saya. Rupanya dia nak potong duit dari kad bank, saya btau duit takde. Saya nak bayar cash. Dia kata tak boleh, waktu petang terima pembayaran melalui kad bank. Baru Saya faham kenapa dia nak kad bank tadi. Hahahah. Buat malu je duit takde dalam bank.

Panic jap coz dia suruh datang esok, saya kata bagi saya masa 5 minit nak pikiq bantuan. Saya call wife suruh transfer duit.

Selepas wife selesai transfer saya rujuk balik kaunter tersebut. Ok setle bab bayaran.

Kemudian saya diarah ke kaunter lain, untuk tukar lesen saya. 5,6 minit kemudian setel.

Lega rasa. lesen dah hidup..

(Visited 653 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *