Perkara asas yang perlu anda tahu selepas ceburi bidang youtuber

Hai semua, saya harapkan semua pembaca di blog saya dalam keadaan sihat dan bermotivasi tinggi.

Untuk pengetahuan korang, penyertaan saya dalam bidang youtuber dah cecah hampir 9 bulan.

Harini saya akan kupas beberapa isu berkaitan perkara asas yang perlu anda tahu!

Pertama anda perlu tahu syarat wajib yang ditetapkan oleh YouTube.

a) 1000 subsriber

b) 4000 jam tontonan

Anda perlu capai dalam Masa 12 bulan (setahun). Sekiranya gagal, anda kena ulang.

Untuk dapat subscribe senang je, tapi Untuk dapat 4000 jam tontonan cukup sukar. Dalam artikel sebelum ni saya ada kupas cara bagaimana nak dapat 4000 jam tontonan.

Ok saya ulang balik kat sini.. pertama, setkan target. Katakan anda target video anda boleh cecah 15jam tontonan dalam sehari. Anda Kira macam ni.

4000jam / 15jam = 267 Hari.

Bermakna dalam Masa 267 hari anda baru capai 4000 jam tontonan.

Boleh bayang tak?

Jika lagi banyak jam tontonan sehari, maka lagi cepat anda layak.

Kedua, anda perlu memikirkan  video apa yang mampu menarik ramai penonton ke channel anda.

Jika channel anda berkaitan masakan, pelbagaikan resepi masakan anda.

Jika channel anda berkaitan travel, luaskan perjalanan anda.

Setakat ni clear Tak?

Tip, follow apa YouTuber femes tengah buat, baru traffic channel anda Naik.

Ketiga, pemilihan tajuk yang bersesuaian.

Berdasarkan pengalaman 9 bulan sebagai YouTuber ni, tajuk yang bermula dengan perkataan “Cara” mendapat banyak view.

 

Tengok, banyakkan video saya bermula berkataan cara, lebih 1000 orang view.

 

Alamak ngantuk dah ni, ketika artikel ni ditulis, jam kul 3 pagi… Stay tuned..nanti Saya update bab lain.

 

 

(Visited 341 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *