View semasa Banjaran Titiwangsa. Serius cantik kawan kawan.
11.2.2022 lebih kurang jam 10 pagi saya jejak kaki di banjaran ni. Orang tak ramai masa ni. Parking luas, masuk je mana suka.
Singgah mengeliat sambil sambil release otot kaki. Hilang sikit ngantuk. Hampir 2 jam drive dari Machang.
Setiap kali singgah sini, menu wajib bagi saya roti pau. Sedap sangat. Makan sambil mandu best juga. Haha
Sayang betul kedai tutup!.
Tandas luas, selesa guna. Nak masuk ada cas, lupa lak berapa sen.
View awang jelas kelihatan, cantik sangat. Langkah kanan saya harini. Dapat ambil gambar memang terbaik la. Tambahan pulak ada menara kincir angin la. Konon konon boleh feel duk negara orang putih.
Saya singgah kejap je ni, orang rumah ada dalam kereta. Dapat ambil gambar 4-5 keping ok la, cukup untuk website saya.
Tu je laporan saya harini, sekian terima kasih.
Nazrin Nor melaporkan.