Apa khabar semua, saya doakan semua yang terlibat banjir dipermudahkan urusan. Amin.
Semalam viral gambar perkakas elektrik terutama peti ais dan mesin basuh saya semasa Kelantan banjir besar 2014. Mereka menggunakan gambar saya untuk berkongsi tip… Ok saya tak kisah, ambil la..(kalu boleh kreditkan laman web saya) hahah.
Semasa banjir 2014, air naik Paras punggung juga dalam rumah. Habis semua perabut musnah…terutama meja yang diperbuat dari serbuk.
Mesin basuh, boleh guna selepas saya bersihkan. Cuma bunyi time nak kering. Macam benda berginsing. Saya tanya kawan, mereka kata masuk ‘selut’ dalam bearing. Hampir setahun juga mesin basuh boleh guna. Selepas rosak saya beli baru la. Dia rosak disebabkan sensor.
Peti ais pun sama, selepas bersih saya jemur. Keesokan saya cuba pasang, yes boleh guna. Sempat juga la dia berkhidmat untuk kami dalam 3-4 tahun selepas tu.
Tv, toto, tilam out terus. 😆 Total lost time tu banyak juga la. Ramai juga sedara mara, kawan kawan dan orang luar yang membantu. Tak lupa juga bantuan dari kerajaan. Terima kasih semua..
Tujuan saya tulis artikel ni, jangan terus buang kesemua perkakas elektrik anda. Mungkin ada yang boleh guna. Anda perlu bersihkan, pastikan betul betul kering baru pasang switch. Kepala plug tu buka, kot kot ada ada air masuk.
Teringat kasut bonia saya… Touching betul gambar ni …
Ok bye 😘