Semoga cepat membesar!
Artikel harini berkaitan pokok Durian Kunyit. Pokok ni saya beli kat Pasar Borong Wakaf Bata, tawar tawar dapat harga Rm25.00.
Pilihan tak banyak tadi, nak tak nak kira jadi la. Haha
Banyak juga yang perlu saya lakukan harini sebelum tanam pokok durian ni. Kawasan memang bersemak, maklum la dah lama tak mesin rumput.
Selesai mesin rumput, saya bersihkan kawasan tapak, kemudian gali lubang.
Jam hampir pukul 1 tengahari saya stop dulu, sambung lepas jumaat pulak.
Lebihkurang kul 5 saya masuk kebun balik. Siap potong pokok buluh, jadikan 4 tiang.
Saya guna Bajanas, arap subur pokok ni.
Tadi pakcik yang jual pesan, cara tanam pokok durian katanya;
Tanam ikut arah matahari. Ok saya follow.
Selesai tanam pokok, saya pacak batang buluh. Jadikan 4 tiang. Kemudian saya cover dengan jaring hitam supaya babi tak kacau.
Dua botol air habis….hahha
Berpeluh sakan juga la..