Cerita harini, 9 ogos 2021.
Saya nak beli racun buluh. Dua kedai saya cari, kedai pertama takde barang, kedai kedua baru ada. Harga racun ni RM12.00.
Mintak kurang, dia kata murah dah dik. Ok la saya nak satu.
Saya siap upah orang tebang pokok buluh, tapi tak selesai. Benda ni rumit. Pokok buluh cepat naik pucuk lepas tebang dia.
Ada orang nasihat bakar tunggol buluh, saya pun bakar la.. tapi kerja saya cincau je. Time saya rajin saya g bakar, time saya malas saya tak cara la.
Ni ada pulak orang nasihat, beli racun buluh. Nak try sembur/curah air racun buluh ni. Harap harap mati. Try se pek dulu.
Buluh besar besar ni, pahtu banyak pulak. Ada hok duk atas wayar Elektrik doh.
Ni kalu clear, comel view… Ngadap sawah padi.
Jangan lupa basuh tangan selepas guna.
Nanti seminggu dua saya kemaskini penulisan ni, tengok jadi ke dop cara ni.
Kesan racun tu, nampak juga merah merah kat bawah.
Payah sangat nak mapuh buluh ni, saya tebang setiap sekali saya masuk kebun.
Kes selesai