Raja Kunyit Original Tanah Merah

Disebabkan pokok durian saya mati, gara gara kesilapan penggunaan baja…saya pasrah, terpaksa ganti baru.

Saya beli anak pokok Raja Kunyit Original dari Tanah Merah. Lokasi kedai ni tepi jalan ke Belimbing (depan tugu Raja Kunyit Tanah Merah). Tawar menawar dengan tokey saya dapat harga Rm55.00 sepokok. Ok setuju.

Pokok cantik, tunas ada. I like it. Saya tanya tokey macam mana cara nak kenal Raja Kunyit. Dia kata tengok daun…ok faham.

Harini 5/8/2022 saya tanam pokok Raja Kunyit..Ambil berkat hari penghulu hari. Harapnya pokok ni serasi dengan tanah. Saya tanam guna kaedah pusu..

Saya tabur bajanas untuk rancakkan pembesaran pokok ni.

Next saya beli vitamin pulak, vitamin apa ye yang sesuai untuk pokok durian… U all tulis di ruangan komen k.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.