rumah luas 2000 kaki, terkejut aku

rumah luas 2000 kaki, terkejut aku

Nak tersedak, tapi terpaksa cover. Rumah 2000kaki, luas tu. Hanya mampu menyebut,

Segar demo! Mana nak tengok gambar.

Terus dia swipe gambar di hpnya. Peringkat memelas dah.. bumbung apa semua dah selesai.

Cantik dan luas. Lagi sebulan boleh duduk ni. Tu je mampu aku luahkan.

Pemilik dia dulu biasa biasa je, sekarang luarbiasa. Lubuk rezeki dia terbentang luas.

Aku bila ye?

Jawapan ini masih sama dari tahun sebelum, dan aku sendiri tak mampu memberi jawapan pada diriku.

Padu terkena batang hidung. Anak anak makin membesar. Perbelanjaan kian meningkat. Ok stop bab ni.

Untung la dia projek sana sini, wife dia pun kerja. Kelebihan jika dua kerja, jarak masa lebih cepat untuk capai sesuatu target. Jika bergantung pada 1, lambat untuk capai.

pikiq pikiq la.

Tu saya nak pesan kepada yang single mingle tu. Repeat lagi sekali statement tu.

Zaman sekarang kena bergabung pendapatan. Jangan bergantung pada 1 sahaja.

Kesimpulan dari coretan malam ini, aku ringkaskan.
1. Jangan bergantung pada satu pencarian rezeki.
2. Bekerjasama mencapai impian
3. Kurangkan perbelanjaan terutama bil-bil.
4. Planning.

Cukup la 4 je ringkaskan malam ini.

Terima kasih kerana membaca coretan malam ini. Ambil yang positif je, yang negetif buang jauh jauh okay.

(Visited 105 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *