Alhamdulillah semua selamat belaka, ibu sihat anak sihat.
2.3.2020 jam 3.30 pagi anak no.7 selamat dilahirkan di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai.
Baby boy. Berat dalam 2.72 je. Bab uri pertama kali dalam sejarah saya basuh sendiri.
Terima kasih semua atas pertolongan… Terima kasih juga yang melawat.
Data terkumpul Rm190.00.. Kena catit sini, takut saya terguna je. Next week kena buka buku bank.
Flash back, saya sampai di hospital dalam kul 3.50… isteri saya bersalin dalam kul 3.30 pagi… saya minta kebenaran untuk azan anak. Misi bagi masuk… saya duduk di sebelah isteri saya dalam 40minit. Kemudian anak saya dimasukkan di NICU.
Wad Nicu hanya suami isteri je boleh masuk. Nak masuk perlu jumpa makcik guard, isi nama apa semua.
Hari kedua isteri dan anak saya boleh discharge. Semua bayar guna GL. Terima kasih kerajaan.
Next bermula la episod check kuning.
hari ketiga check 170.. Risau juga takut naik. Altenatif nye kami cuba cara kampung. Balik kampung cari daun belimbing dan akar rajawali.
Semalam bawa jumpa nenek fatimah. level anak ni cicit dah. Bilangan ke berapa tak ingat lak. Tq bik jamu air sarsi untuk kami dan buat air milo untuk wife saya.
hari keempat check, kuning naik lagi. Terkejut…tinggi lak tu.. 219… Baby asyik nak tidor je..
Basicnya kena bagi menyusu dan seboleh bolehnya biar baby kuat berak, baru la kuning turun.
Esok jumaat, doctor suh mari check kuning. Masuk ikut pintu dekat tadika. Arap arap kuning turun.
Hari kelima, appoinment jam 9 pagi.. sampai lewat sikit, coz masa nak bertolak tadi anak berak. Bagus untuk harini. Pagu 3-4 perkara saya buat, sidai kain 3 mesin, bagi anak makan, mandi anak anak lain dan buat air milo ais untuk isteri. Penat juga…hahah.
Pagi tadi saya juga sempat masak daun belimbing, nak buat mandi anak no.7. arap arap berkesan. Petua orang tua ni.

Harini genap seminggu usia anak ke 7 saya, harini juga saya akan usaha untuk daftar nama anak saya. Ada 4 pilihan je, akhirnya kami pilih :
Aidan Waiz yang bererti pemuda yang gigih / ahli agama dan penasihat.
