Selepas tiga bulan baru saya dapat penuhi permintaan anak ke6

Blog personal, bebas saya nak tulis apa.. 😂

Cerita semalam, lega rasa.. syukur atas rezeki yang saya perolehi. Selepas 3 bulan baru saya mampu memenuhi permintaan anak ke6, dia nak basikal baru.

Hari hari dia bagitahu nak basikal baru. Basikal lama dia, repair ok kejap, kemudian rosak balik.

Sebelum ni saya beli basikal untuk anak ke 4. Jadi si adik ni, nak juga la basikal baru. Jawapan saya simple, tunggu papa ada duit.

So finally, hari yang ditunggu muncul. Saya ajak dia beli basikal.

Time memilih, kejap nak yang tu, kejap nak yang ni. Harga pun makin mahal. Tokey bagitahu, naik Rm10-15 sebuah basikal.

Maka bermula la tawar menawar. Dari harga Rm185. Turun harga Rm165, saya mintak lagi kurang Rm5. Mula mula macam taknak bagi, akhirnya tokey bagi… Syukur dapat jimat sikit, walaupun sikit.

Time bawa masuk dalam kereta, anak ke6 saya ceria memanjang. Suka dia dapat basikal baru. Cantik sangat.

Ok adik, jaga elok elok….. Misi papa tunaikan permintaan adik adik dah tercapai.

(Visited 99 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *