Harini saya check in awal, sebelum pukul 12 saya dah sampai.
Saya solat jumaat di Masjid Kg Raja, Panyit.
Standard SOP.. pakai mask, bawa hp dan bawa sejadah.
Selesai scan suhu, saya scan mysejahtera,
Alhamdulillah, suhu badan cantik harini… 36.6
Saya pilih duduk bersandarkan tiang, best sandar… Tadi hampir 3 jam saya masuk kebun..
Khutbah harini… Berkaitan zakat.. sudahkah tuan tuan bayar zakat tahun ni? Jika belum boleh bertindak sekarang. Boleh bawa di kaunter zakat atau masjid bandar.
Otak saya ligat berputar, aku belum bayar lagi zakat tahun ni.
Kena Kira dulu berapa income tahun ni..
(Visited 151 times, 1 visits today)