Faham tak, paip air buang tu apa?
Paip ni sebelum tambung level beam, elok tanam dulu. Setel tanam baru tambung. Jika buat selepas tambung tanah atau pasir, jenuh mengorek la. Makan kudrat tu.. Haha
Ilmu pertukangan ni, banyak rahsia. Kena rajin bertanya baru tahu.
Harini saya nak cerita Dari segi saiz, harga dan kualiti.
Paip air buang ni ada dua warna, hitam dan putih. Saya pernah tanya tokey, dia kata sama je. So, saya lebih prefer warna putih.
Jangan terus beli tau, tambahan yang murah. U kena beli yang tebal.. jika nipis, 2-3 tahun nanti pecah kan masalah pulok.
Saiz untuk paip air buang tandas, 4 inci. Saya beli yang 110mmX5.8m. Sebatang harga dia Rm68.00.
Saiz untuk paip air buang (air mandi), 2 inci je. Saya beli paip upvc 56Mm X 5.8m, Sirim. Harga sebatang Rm46.00.
Lagi satu paip yang u perlu beli seksiap, paip untuk air masuk. Saya beli paip PVC 20mm X 5.8mm (3/4).
Penyambung jangan lupa beli tau, upvc Elbow untuk size 4inci dan 2inci.
Clear tak setakat ni, Bab paip air buang dan paip air masuk.
Tempat u all harga berapa ye? Share la di ruangan komen…