Pengalaman terima suntikan dos kedua vaksin Sinovac

Kita kembali lagi diatas tajuk perkongsian pengalaman. Topik yang akan saya kongsikan harini ialah,

Suntikan dos kedua vaksin Sinovac.

Appointment jam 11pagi di Dewan Professional UITM Machang. Pukul 10 pagi saya dah sampai. Bersemangat harini.

Seperti biasa sebelum masuk ke Uitm, saya perlu melepasi pondok jaga. Kat situ ada bar code, scan dulu. Saya bagitahu nak ‘cocok’. Pak guard terus je bagi masuk, ambil kanan terus ikut signboard.

Anda kat luar sana, dah daftar belum Mysejahtera? Pilih setuju je, kan nanti bila kerajaan dah tutup program vaksin secara percuma, jangan gabra pula. Merayu nak ‘cocok’ time tu dah terlewat. So cepat cepat daftar!

Kita jaga kita.

Jam 10.50 lebih kurang, saya sampai di Dewan Uitm. Tengok kereta parkir berderet, Ah ramainya. 2 kali ganda sebelum ni.

Step pertama harini, ambil no dengan Pakcik Rela. Cantik nombor sangat sangat. Nombor semasa baru 20. Kita tunggu je la hingga nombor kita kena panggil. Hahah. Ramainya orang Machang ready nak ‘cocok’ harini. Mungkin ibubapa anda pun ada.

Sampai je di kaunter pertama, saya kuarkan kad pengenalan. Semakan dibuat oleh petugas. Kemudian dihulurnya borang bewarna kuning.

Next ke kaunter seterusnya isi borang dan saya ditanya beberapa soalan berdasarkan soalan diatas kertas tersebut.

Selesai prosedure diluar saya terus masuk ke dalam dewan. Rindunya, teringat Uitm Shah Alam… 15 tahun lepas saya jejak kaki.

Sekali lagi beratur(sambil duduk diatas kerusi) tunggu giliran. Dikaunter ni staff update Mysejahtera. Kemudian saya diberi nombor 83. Tak lama dah tu, saya Cuba rilek… Buat cool.. lupa nak bagitau, saya takut Jarum…haha


Masa dalam bilik cucuk, tak sampai seminit siap. Ok done….dos kedua…..

Tip bagi yang takut Jarum:
1. Jangan tengok Jarum
2. Pandang ke arah lain
3. Tarik nafas, buat rilek.

Seterusnya scan kod di kaunter berikut. Selesai yang ni saya ke Kaunter terakhir. Kaunter ni special, kad vaksin saya dikemaskini.

Selesai je saya melangkah keluar dewan. Ambil gambar sebagai kenangan. Nak update dalam group keluarga, group kawan. Takpun upload kat Facebook..

Ingat kita jaga kita.

24 jam selepas suntikan vaksin, takde apa apa alahan atau simpton. Saya sihat walafiat.

Dos pertama klik sini

(Visited 689 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *