Cuti hujung minggu, bermalam di Tanjung Demong Beach. Ok ke tak?
Kami sampai awal, check in jam 3 petang. Anak anak dah tak sabar nak mandi kolam la, ada yang lapar la… Macam macam la ragam mereka. Tempat luas, ada yang berlari kehulu kehilir.
Saya booking bilik berharga RM180, dapat 2 katil besar. Kiranya dengan kapasiti kami sekeluarga, muat la.
Cube teka berapa bilangan kami sekeluarga?
9 Orang!
Anak anak request nak mandi kolam, nak mandi pantai.. so kena la dengan Tanjung Demong Beach. Kolam dan pantai tepi je. 2 in 1.
Masuk je dalam bilik, tiba la Masa untuk kami makan, lapar benar dah ni. Bawa bekal dari rumah. Rasa macam tak cukup, saya singgah beli lagi nasi ayam 5 bungkus dan ayam goreng rangka. Habis dalam Rm44.
Persekitaran dia memang cantik, berangin lak tu. Saya suka suasana ni.
Kolam dia besar juga, ada 2 bahagian. Kanak dan dewasa. Dewasa punya ketinggian, level dada saya. Saya berenang kejap je, mata saya fokus pada anak anak…tak boleh cuai!
Selepas sejam lebih kat kolam, saya ajak anak anak lepak tepi pantai lak. Dekat je dengan bilik kami.
Plan nak dinner di Zul ikan Bakar, tapi penuh la… Sabar je la… Tergiang giang sotong celup tepung dia.
Terpaksa la tukar plan, makan di Mie Ikan Bakar..
Kat pantai baru Gagah line Maxis…ni tengah update blog sambil dukung anak. Haha
Bangun pagi konon konon nak joging..tapi tak terlaksana, best Zzz. Tambahan pulak anak awal awal dah terjun kolam. Kena cakna yang tu dulu. Simpan je la kasut joging. Haha
Kita menikmati view je la.
Lupa nak bagitahu, saya tak ambil pakej breakfast. Jadi, makan pagi kena beli luar la. Mujur jarak Tanjung Demong Beach dengan kedai, dekat je. Beli bungkus la.
Sebelum check out, anak anak terjun kolam lagi. Dalam pukul 11 baru saya check out. Masa tu matahari atas kepala dah, anak anak dah surrender dah.
So akhir sekali, Apa komen saya?
1. Bilik Rm180, cukup selesa untuk kami sekeluarga.
2. Tandas moden, ada tab mandi.
3. Suasana bersih.
4. Tidur malam tak mimpi pelik pelik, anak-anak pun tak meragam.
5. Kolam mandi luas, selesa.
6. Kami akan repeat balik!
7. Line Maxis sini dukacita.
Lupa nak bagitahu, Tanjung Demong Beach ni kat Bukit Keluang, Besut Terengganu.