Terima kasih beli Mandian Daun Bidara

Hari ini saya puaskan hati kawan baik saya , dah 2 minggu dia kempen saya sabun daun bidara.

Saya sudah sedia maklum akan khasiat daun bidara cuma saya buat acuh tak acuh untuk membelinya.

Rezeki tak salah alamat hari ini dia hulurkan sebotol sabun daun bidara kepada saya dan dengan senyuman saya terus menerimanya.

Sewaktu saya berusia belasan tahun Al marhum Abdul Rahim imam masjid sokor pernah pesan kepada saya jika ada orang menjual barang pada kita, beli lah .

Andai barang yang dia jual kita sudah ada (miliki), maka kita beli juga dan bagi kepada orang lain.

Pulang dari kerja, sampai di rumah anak2 sedang bermain di halaman rumah.

Saya cakap pada mereka bila selesai bermain, nanti mandi guna sabun abah beli ini.

Kenapa abah ? Tanya anak2, saya cakap pada mereka sebab anak abah semuanya suka bertengkar maka mandi dengan sabun ini. Moga segala yang ada pada diri semuanya keluar. Mereka semua gelakšŸ¤£

Mereka naik ke tingkat atas untuk mandi. Selesai semuanya mereka turun ke bawah jumpa saya .

Alhamdulilah dengan penuh ceria dan gembira. Abah, best la mandi dengan sabun ni. Pertama baunya harum, dan selepas mandi badan rasa segar.

Selepas itu mereka 6 beradik menjamu selera sambil bercakap pasal sabun itu . Dengan gelak tawa semuanya sebab mereka amat suka dengan sabun itu, Alhamdulilah.

Terima kasih Nadzirin Nor semoga murah rezeki kamu. Aamiin… Kedai Shopee dia

Mandi daun bidara menyegarkan dalaman dan luaran in sha Allah

(Visited 220 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *