Terjumpa cara mudah daftar akaun CDS di Maybank

Langkah kanan tul, saya jumpa cara ni secara tak sengaja.

Sebelum ni dah beberapa kali saya Cuba daftar akaun CDS, tapi gagal.

Saya memang tertarik untuk create akaun CDS, saya dah search macam macam. Finally saya jumpa cara ni secara tak sengaja.

Macam ni.

1. Login akaun Maybank anda
2. Pilih Apply.
3. Pilih maybank2u trade.

Selepas tu di paparan akaun anda akan ada 2 akaun Maybank anda, satu saving dan satu lagi maybank2u trade.

2,3 hari juga saya duk pikir macam ne nak guna Maybank2u trade. Rupanya kena download app. Login guna Id Maybank2u.

Macam macam saham femes ada, saya tak explorer lagi cara nak beli. (Modal masih ciput).

Cuma saya perasan benda, bila saya klik akaun… Ada nombor CDS saya..

Apa fungsi nombor ni?

Catit dulu.

Kemudian saya login maybank2u guna web. Saya pilih Apply.. klik item investment
.. cari perkataan link CDS.

Saya cuba masukkan no akaun tu, berjaya la.

Faham tak setakat ni, sekarang saya baru nak explorer saya nak beli Saham IPO.. nanti dah berjaya saya share kat sini.

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *