Tip beli mozek

Saya amat menitik berat beberapa perkara sebelum beli…kerana sebelum ni saya dah terkena beli item lain di kedai lain. Pengajaran.

Pertama, beli mozek semasa promosi.
Kedua, tanya ada caj penghantaran tak.
Ketiga, tanya lain lain promosi.

Okay, semalam saya ke Aik Hoe Tanah Merah. Saya nak beli mozek untuk bilik air. Rumah saya ada 3 bilik air. Keluasan setiap bilik air 7*4. Untuk dinding saya nak 6 kaki. Untuk lantai cari yang kasar sikit.

Ni antara 3 pilih lantai saya. Berbeza setiap bilik air. Harga setiap lantai RM3.80, dapat diskaun 50sen. Jadi sekeping Rm3.30.

Untuk dinding pun isteri pilih warna berbeza. Sekeping Rm2.00 selepas promosi.


Saya berulangkali tanya akak tu, penghantaran free kan? Ye dia jawap.

Dia bagitahu beli RM1,000.00 dapat redeem item. Total saya habis Rm1,015.80

Bayar RM1.00 dapat pemanggang tu.

(Visited 30 times, 4 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *