Tip berniaga zaman PKP
Assalamualaikum semua, saya doakan anda semua kekal ceria, kekal sihat, kekal berduit Dan dijauhkan dari Covid 19.
Yang belum daftar tu, cepat cepat la daftar dalam Mysejahtera. Jangan lupa sentiasa kemaskini okay. Saya Alhamdulillah dah selesai dos kedua.
Berbalik pada tajuk Tip Berniaga zaman PKP. Saya baru je bekecimpungan balik, dalam pertengahan bulan jun 2021 saya start. Lebih kurang 20 hari lepas.
Sangat berpuashati… ?
Dua tiga produk habis stok! Gembira tahu.
Nak niaga musim pendemik ni, cabaran dia tinggi tambahan pulak dengan kekangan modal yang terhad, Ilmu takde sangat Dan ketinggalan skill semasa niaga.
Apa yang saya harap adalah sokongan dari isteri. Bukan mudah untuk saya ceburi bidang ini. Saya Nekad untuk keluar dari belenggu kewangan. Saya dah boring asyik merungut. Hahah
Saya nak kongsikan tip yang saya praktik. Menjadi tahu!. Stok saya sentiasa habis.
1. Jual produk bawah harga Rm50.
2. Jual produk berkaitan keluarga. Contoh penjagaan kanak kanak.
Demi anak, ayah sanggup keluar berapa je modal. Beli itu ini. Walhal ayah sendiri pakai seluar lusuh, baju sama.
3. Jual produk yang mampu beli.
4. Jual produk yang ada permintaan
5. Create kedai shopee
6. Sentiasa up di status Fb, Whatsapp.
7. Jangan up gambar dan terus nak jual. Anda perlu skill memuji, skill mengajak, skill berkongsi pengalaman.
8. Jika ada blog, promote guna blog anda.
9. Guna Whatsapp business. Guna kaedah auto reply.
10. Join dropship. Modal kecil!
Yang paling best, kawan kawan dan sedara mara start beli…. Horey!
Ni produk yang saya jual. Produk berasaskan daun bidara
0103317006
#bab pengurusan kewangan jangan tiru saya..saya sendiri masih gagal.